Kit Siang Kena Halau? Mungkin Taktik Raih Simpati

JOHOR memang jadi sasaran untuk Pakatan merampasnya dalam PRU14 yang akan datang. Signifikasi Johor ni bukan sangat sebab UMNO (asal) ditubuhkan disitu tapi lebih kepada banyaknya tanah bernilai tinggi di negeri tersebut sehingga menggamit parti broker tanah untuk merampasnya dari BN.

Tidak hairan, banyak ‘drama’ politik Pakatan dalam usaha merampas negeri tersebut, akan dibuat di Johor.

Gamaknya inilah yang sebenarnya berlaku di Johor semalam, bila seorang pemimpin tua DAP yang baru-baru ini disahkan menghidap kanser – dan telah sembuh darinya, dihalau keluar ketika nak memulakan ceramah di sebuah kampung.  Entah kenapa mesti disebutkan dihalau dari kampung “Melayu”?  Kampung saja tak boleh ke?

Apa pun, cerita orang tua yang sama dihalau keluar ni sebenarnya dah selalu sangat kita dengar. Jika semua masih ingat masa kempen PRU13 di Johor yang lepas pun, ada jugak insiden orang tua sama dihalau ketika sedang berkempen di Gelang Patah.  Tambah dengan keadaannya ekarang, siapa yang tak kesian?

Gambarannya, dahla tua, baru pulak pulih dari kanser, kena halau pulak, memang mudah mengalirkan air mata bagi yang tak tahu cerita.

Ini semua sebenarnya cara nak dapat publisiti murahan saja sebenarnya. Nak bagitau kepada pengundi tradisi mereka kenapa parti itu dan orang tua berkenaan perlu dipertahankan walaupun kalau ikut merit dah patut bersara. Tak hairan cerita ini begitu popular di suratkhabar-suratkhabar mereka saja.

Yang kita? Takde apa.-MyKMU.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.