4 kanak-kanak maut ditembak di AS

WASHINGTON: Drama tebusan di Florida berakhir semalam dengan kematian empat kanak-kanak di tangan penyerang, yang kemudian membunuh diri, kata polis.

Kejadian bermula kelmarin di Orlando apabila polis bertindak kepada laporan keganasan rumah tangga di pangsapuri dan seorang pegawai ditembak.

Pegawai berkenaan kekal dalam keadaan kritikal.

Penyerang bersembunyi dalam pangsapuri itu semalaman kelmarin dan sepanjang semalam dengan kanak-kanak berusia setahun, enam, 10 dan 11 tahun.

“Tidak lama selepas itu kami berjaya memasuki pangsapuri dan mendapati empat kanak-kanak dibunuh oleh suspek.

“Suspek turut membunuh diri,” kata ketua polis Orlando, John Mina, pada sidang akhbar.

Polis berhubungan dengan penyerang sepanjang hari. Telefonnya mempunyai masalah perkhidmatan dan polis menawarkan telefon mereka.

Dengan tawaran itu, pegawai melihat mayat seorang kanak-kanak dan cuba menyelamatkan yang lain.

Bunyi kuat kedengaran di kompleks itu pada jam 9.00 malam waktu tempatan, lapor Orlando Sentinel.

Ia berkata, penyerang dikenali sebagai Gary Lindsey, 35, dan berada dalam pemerhatian kerana kesalahan memulakan kebakaran dan kesalahan lain. – AFP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.