“Nak Ajak Orang Solat Pun Segan? Pelik Pula Tengok…”

PELAKON dan pengacara Qi Razali mengakui pelik dengan mentaliti segelintir pihak yang segan untuk mengajak kawan atau kekasih menunaikan solat ketika sampai waktu berbuat demikian.

Memetik mStar Online, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali berkata perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa ataupun kesalahan serius.

Sebaliknya, pelakon berusia 41 tahun itu memberitahu ia seharusnya menjadi tanggungjawab dan tugas sebagai seorang umat Islam.

“Tak salah kalau kita ajak kawan atau kekasih kita solat. Zaman sekarang, nak ajak orang solat pun segan. Pelik pulak tengok.

“Kalau dia tak nak solat atau marah kita balik, takpe, kita ajak lagi. Itu memang tanggungjawab kita. Ajaklah cara elok, bagi contoh yang baik,” tulis Qi menerusi sebuah entri di laman twitter miliknya.

ENTRI DIMUAT NAIK OLEH QI PADA SABTU.

Entri yang dimuat naik oleh Qi pada Sabtu itu ternyata menarik perhatian dan menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di media sosial berkenaan.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen yang positif kepadanya selain menganggap Qi adalah contoh lelaki yang boleh dijadikan suami.

Sehingga kini, entri tersebut telah mendapat lebih daripada 400 kicauan semula dan 600 tanda suka di laman sosial berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.