Jurugambar pun ‘terjebak’

MOSCOW: Ketika Croatia meledak gol yang menjulang mereka ke final Piala Dunia, awal pagi tadi, seorang jurufoto AFP secara tidak sengaja menjadi sebahagian daripada keraian pemain pasukan berkenaan.

Selepas Mario Mandzukic menjaringkan gol pada masa tambahan yang memberikan Croatia kemenangan 2-1 ke atas England di separuh akhir, penyerang itu berlari ke sudut padang Stadium Luzhniki untuk berkongsi kegembiraan dengan rakan sepasukannya.

Tetapi pemain-pemain yang dipenuhi kegembiraan itu tidak sedar mereka berlari ke arah seorang jurufoto sebelum turut menghempapnya.

“Saya sedang menukar lensa kamera saya ketika pemain berlari ke arah saya,” kata jurufoto berkenaan, Yuri Cortez yang berada di belakang papan iklan.

“Mereka terus meluru ke depan dan mereka terjatuh ke atas saya! Ia adalah waktu yang cukup gila, mereka semua gembira. Mereka kemudian menyedari saya berada di bawah mereka.”

Cortez yang berpangkalan di Mexico kemudian mengambil kameranya dan mengambil beberapa gambar menarik dari jarak dekat yang menunjukkan kegembiraan pemain Croatia.

“Mereka kemudian bertanya kepada saya adakah saya tidak apa-apa? Salah seorang mengutip lensa saya dan seorang lagi pemain (Domagoj Vida) memberikan saya ciuman.”

Croatia yang mara buat pertama kali dalam sejarah ke final Piala Dunia akan beraksi menentang Perancis, Ahad ini. AFP / HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.