[3 Gambar] Nooh Gadot Cedera, Kereta Terbabas Masuk Longkang

JOHOR BAHRU: Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Nooh Gadot, menerima sembilan jahitan di bawah dagu akibat kecederaan apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik, di sini, jam 1.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 1.47 tengah hari sebelum sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal kami dapati Nooh dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan apabila cuba memasuki kediamannya di tempat kejadian, kereta dipandunya itu terbabas ke dalam longkang. Beliau hanya cedera ringan iaitu lebam di dahi sebelah kanan dan luka di dagu.

“Hanya cermin, bahagian depan dan belakang kereta Mercedes Benz yang dipandunya rosak akibat kemalangan itu,” katanya.

Nooh mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan menerima sembilan jahitan di bawah dagu.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.