Empat individu kantoi buat ‘projek’ di taman awam

PERBUATAN empat individu sedang melakukan pesta seks di taman awam disedari seorang pejalan kaki yang kebetulan sedang melalui kawasan tersebut.

Insiden tidak bermoral itu dipercayai berlaku dekat Bute Park, Cardiff, Wales, kira-kira pukul 5 petang Jumaat lalu.

Menurut saksi, dia terlihat dua pasangan lelaki dan wanita sedang baring di bawah sebatang pokok dengan beralaskan selimut dan tuala berhampiran Istana Cardiff, lapor Wales Online.

Tiga individu dilihat dalam keadaan separuh bogel manakala seorang lagi wanita bertelanjang bulat.

Saksi yang enggan namanya didedahkan berkata dia sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah sebelum terserempak dengan empat individu tersebut.

“Saya baru habis kerja dan sedang berjalan kaki dari pusat bandar Cardiff ke tempat letak kereta di Sophia Gardens untuk pulang ke rumah.

“Ketika berjalan kaki melalui kawasan istana, saya terlihat dua pasangan kekasih sedang menikmati ‘perkelahan’ mereka.

“Saya kaku. Saya lihat keadaan sekeliling dan terdapat dua atau tiga individu lain yang turut menyedari perbuatan itu.

“Saya mengambil gambar mereka kerana saya tahu orang ramai tidak akan mempercayai saya,” katanya.

Saksi itu berkata dia telah memaklumkan perbuatan itu kepada pihak polis kerana terdapat kanak-kanak kecil sedang bermain di kawasan tersebut.

Polis Selatan Wales dan Majlis Cardiff mengesahkan mereka sudah dimaklumkan dengan insiden itu.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.