Kementerian Pendidikan ucap tahniah kepada Naim Hamid

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Naim Hamid Hamidin, pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeM Johor) yang menerima pengiktirafan kecemerlangan pada The19th International High School Art Festival, pada 8 Ogos lepas di Tokyo, Jepun.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian berkata Naim Hamid, pelajar Tingkatan Empat dalam bidang seni halus itu berjaya mencuri hati juri dengan hasil lukisan beliau sekali gus mengetepikan lebih 500 hasil karya seni lain daripada pelajar terpilih yang mewakili negara masing-masing seperti Brunei, United Kingdom serta tuan rumah Jepun.

Selain hasil karya beliau, empat hasil karya pelajar SSeM Johor lain turut terpilih untuk dipamerkan pada festival tersebut, katanya.

Sebelum ini, Naim Hamid turut diberi kepercayaan menghasilkan potret lukisan minyak Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud yang diserahkan pada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), Riyadh, Arab Saudi pada 2017. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.