Tetak pergelangan tangan isteri hingga putus

KESAN darah dalam kejadian cemburu, seorang lelaki menetak hingga putus pergelangan tangan kanan isterinya dalam kejadian di pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas, Pulau Pinang. – Foto ihsan PDRM

BALIK PULAU: Seorang lelaki menetak hingga putus pergelangan tangan kanan isterinya dipercayai kerana cemburu dalam kejadian di pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas, dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.55 tengah malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, susulan daripada itu polis berjaya menahan suami mangsa yang berusia 39 tahun di sebuah surau di Georgetown, kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tingkat tiga kawasan parkir pangsapuri terbabit.

“Kita dapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu suami mangsa yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

“Suspek mengaku menetak tangan mangsa menggunakan pisau dan pasangan berkenaan kini dalam proses perceraian,” katanya.

Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.