Punca kematian Steve Jobs didedahkan

NEW YORK 11 Okt. – Pengasas Apple Inc., Steve Jobs disahkan meninggal dunia kerana masalah sistem pernafasan yang diakibatkan kanser pankreas.

Menurut sijil kematiannya, Jobs meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, California pada kira-kira pukul 3 petang Rabu lalu.

Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Awam Santa Clara itu juga menyatakan punca kematian Jobs adalah sesak nafas berpunca daripada metastatic pancreas neuroendocrine tumor yang dihidapinya.

Tiada bedah siasat dilakukan ke atas pengasas Apple berumur 56 tahun itu.

Jobs disemadikan di tanah perkuburan di Palo Alto pada Jumaat lalu.

Isteri dan keluarga terdekat ikon teknologi itu berada disampingnya ketika Jobs menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jobs yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan sejak menjalani pembedahan ekoran penyakit kanser pada 2004, tidak pernah mendedahkan mengenai keadaannya kepada umum.

Apabila beliau meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif pada Ogos lalu, Jobs hanya berkata, beliau tidak lagi mampu melaksanakan tugasnya tersebut. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.