Jaringan Martial bernilai RM47.93 juta

PENJAGA gol Newcastle United, Martin Dubravka menyekat pemain Manchester United, Anthony Martial (kanan) dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Manchester, pada 6 Oktober. – Foto AFP

LONDON: Jaringan Anthony Martial ketika menentang Newcastle menyebabkan Manchester United kerugian £8.7 juta (RM47.93 juta).

Klausa perpindahan Martial dari Monaco ke Old Trafford pada 2015 menyatakan kelab Perancis itu akan mendapat bayaran tambahan €10 juta (RM48 juta) jika penyerang itu menjaringkan 25 gol sebelum 2019.

Martial berjaya melakukannya ketika menewaskan Newcastle 3-2 dengan menjaringkan gol kedua bagi membolehkan skuad Jose Mourinho kembali bangkit selepas ketinggalan dua jaringan.

Monaco turut bakal mendapat €10 juta (RM48 juta) lagi jika Martial meraih 25 kap bersama skuad Perancis. Dia kini memiliki 18 kap bersama Les Bleus dan turut tercalon untuk anugerah Ballon d’Or.

Jika semua klausa itu tercapai Martial akan membuatkan kantung United berkurangan sebanyak lebih £61 juta (RM334.98 juta).

Pemain berusia 22 tahun itu kini menjaringkan 25 gol dalam 91 penampilan Liga Perdana dan keseluruhan 38 gol dalam 144 perlawanan semua kejohanan termasuk jaringan ketika menentang Liverpool pada aksi sulung pada 2015. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.