Padang Bola Kuala Lumpur Dan Projek Perumahan Mampu Milik

Di kawasan Kuala Lumpur tidak banyak lagi padang bola sepak percuma atau sewa murah di bawah DBKL.

Jadi jika ada padang yang masih wujud eloklah dikekalkan. Anak-anak kita bukan sahaja perlukan rumah tetapi juga padang permainan. Ini sebahagian proses kemanusiaan.

Kita sudah ada jaringan pengangkutan terbaik menerusi MRT, LRT, Komuter, bas, grab dan uber. Jadi tidak semestinya kita ambil padang bola semata-mata hendak buat rumah mampu milik dalam Kuala Lumpur.

Rakyat juga perlu berlaku adil. Tanah yang banyak di Lembah Klang ialah di Selangor.

Jika anda mahu rumah kos rendah dan mampu milik di Lembah Klang, maka tiada pilihan kecuali memilih Barisan Nasional memimpin Selangor semula.

Ini bukan cakap kosong. Kerajaan BN telah melaksanakan sebelum kalah dalam pilihan raya 2008.

-Fb Ab Jalil Backer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.