Jika Pecat Anwar Satu Kesilapan, Mustahil Mahathir Betul Hari Ini

Sewaktu memecat Anwar Ibrahim pada 1998, Mahathir mempunyai segala kuasa, maklumat dan jentera untuk memastikan beliau membuat keputusan yang betul. Hari ini Mahathir mengaku silap pecat Anwar Ibrahim.

Dengan segala akses dan kuasa mendapat maklumat ketika itu, beliau boleh membuat satu keputusan yang salah menyebabkan kekecohan negara dan mengaibkan keluarga Anwar.

Jadi apakah kemungkinan untuk Mahathir yang tidak punya apa-apa akses, dikelilingi oleh mereka yang tidak mempunyai maklumat dan tidak mempunyai pasukan perisikan boleh membuat keputusan betul mengenai Pentadbiran Najib Razak hari ini? Mustahil!

Yang tidak mustahil ialah Mahathir sekali lagi akan mengejutkan negara apabila partinya kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir adalah sesumpah politik yang berubah warna mengikut keperluan politik beliau.

Hari ini beliau menyalahkan Polis punca beliau memecat Anwar Ibrahim.

Esok siapa lagi orang sekelilingnya akan menjadi kambing hitam?

Ketika itu tidak mustahil beliau berbaik semula dengan Najib Razak dan mendakwa perjuangannya hari ini salah kerana ditipu oleh Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Sarawak Report dan usahawan-usahawan Cina yang rapat dengn beliau.

Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat peribadinya. Mengaku silap memecat Anwar Ibrahim bukanlah satu-satu tindakan terakhir beliau dan bukan yang pertama.

-FB Ab Jalil Backer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.