PDRM Pantau Akaun FB Rekrut Militan

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti sebahagian daripada 3,871 pemilik akaun Facebook yang dipercayai merekrut ahli dan menyebarkan fahaman berunsur keganasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya memantau aktiviti akaun terbabit menerusi Pusat Digital Serantau Memintas Komunikasi (CMC).

Setakat ini, katanya, hasil pemantauan amat positif dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap ideologi yang tidak menepati keperluan keselamatan negara.

“Ini kejayaan luar biasa PDRM kerana sebelum ini akaun (Facebook) berkenaan berleluasa di media sosial, tetapi kini ia sudah boleh dipantau.

“Pegawai yang dipertanggungjawabkan menangani isu ini akan membuat pemantauan dalam negara dan antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Cek PDRM Night Run di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat, di Dewan Rakyat hari ini, berhubung usaha kerajaan dalam mengekang penyebaran fahaman keganasan di media sosial.

Antara lain, Masir berkata, seramai 249 individu tempatan dan asing disyaki merekrut ahli untuk aktiviti keganasan melalui media sosial berjaya ditahan setakat ini.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.