Tokong Tak Ingat, Mahathir Tak Tahu – Dah Semua Pakat Hilang Ingatan Macam Mana Hal Rakyat?

RAMAI orang percaya, tak mungkin berlaku secara kebetulan Tokong dan seorang Datuk Seri yang ditahan SPRM kerana cuba kawtim siasatan agensi itu ke atas sebuah syarikat mesra DAP di Pulau Pinang berkaitan pembinaan terowong bawah laut, bergambar bersama/berdua ditempat apa yang didakwa sebagai rumah Datuk Seri berkenaan.

Itu bukan majlis am tapi nampak macam majlis peribadi – kalau dah tahap datang ke rumah apa bagai, tak kenal macam mana?

Kalau tokong awal-awal mengaku mengenali Datuk Seri berkenaan dan dalam masa yang sama menafikan apa-apa penglibatan dalam cubaan merasuah SPRM tu, takpelah kan, ini dia claim tak kenal pulak, konon sebagai public figure memang kena jumpa ramai orang.  Betul lah tu tapi jumpa sampai ke rumah ke isunya, itu yang orang nak tahu?

Begitupun sebaiknya biarlah pihak yang berkenaan buat siasatan, kita jangan masuk campur lagi.

Perkara ini dibangkitkan pada asalnya bukan apa, kerana semua kita masih ingat, Perdana Menteri berapa banyak kali terkait dalam hal yang sedemikian bila gambar beliau bersama individu tertentu dijadikan isu oleh pembangkang, walhal bukan gambar berdua pun atau dirumah, sebaliknya ramai-ramai tapi macai peduli apa ye tak?

Dia nak cover pasal projek terowong yang tak jalan-jalan tu pun tergamak guna gambar Perdana Menteri semasa majlis sign MOU, tak apa pulak?

Yang penting pada kita rakyat sekarang ialah, nampak strategi yang digunakan tokong ini sama dengan Mahathir – tak ingat, tak tahu.  Apa benda parti yang macam ini nih kalau semua pakat-pakat hilang ingatan bila kantoi dengan skandal?

Letih rakyat kalau pemimpin Pakatan pakat-pakat hilang ingatan macam ini bila kantoi skandal.

Putus bekalan air di Selangor macam itu juga.  Boleh pulak Azmin tuduh SPLASH – syarikat yang mengurukan air di negeri tersebut dan wilayah persekutuan, takde kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya kerajaan pusat.  Tapi semalam mintak maaf pulak, apa kes?  Hilang ingatan lagi?-MyKMU.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.