Jong-un pelawa Trump lawat Pyongyang

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mempelawa Presiden Donald Trump mengunjungi Pyongyang pada pertemuan bersejarah mereka di Singapura, semalam.

Pada masa sama, media tempatan melaporkan Jong-un turut menyatakan kesediaannya untuk melawat Amerika Syarikat.

“Kim Jong-un menjemput Trump untuk datang ke Pyongyang pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai, manakala Trump pula mempelawa Jong-un untuk melawat Amerika Syarikat.

“Kedua-dua pemimpin dengan gembiranya menerima jemputan itu, malah yakin ia bakal menjadi satu lagi peristiwa penting bagi memperbaiki lagi hubungan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat,” kata agensi berita KCNA.

Selain itu, KCNA melaporkan bahawa mesyuarat antara Jong-un dan Trump semalam, menandakan wujudnya ‘perubahan radikal’ dalam hubungan antara kedua-dua negara terbabit.

Dalam laporan pertamanya mengenai sidang kemuncak itu, KCNA berkata, hubungan suram berkenaan sudah berlanjutan untuk ‘tempoh yang dianggap paling lama di muka bumi’.

Namun, katanya, mesyuarat pertama antara pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara itu dapat membantu memperbaiki permusuhan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat. – AFP/ BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.