Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua mereka telah mengutuskan surat perletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu.

“Perletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka pada 8 Jun lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja Istana Negara bertarikh 11 Jun lalu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, pada 15 Mei lalu, Raus dan Zulkefli telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa perletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE