Mondragon puji aksi Lloris

CALI, Colombia: Bekas pemain Colombia, Faryd Mondragon berkata, tonggak Perancis Hugo Lloris adalah antara penjaga gol terbaik di Piala Dunia 2018.

“Saya fikir Lloris, menjalankan tanggungjawabnya dengan baik di kejohanan terbabit,” jawab Mondragon apabila ditanya siapakah penjaga gol terbaik yang dilihatnya setakat ini.

Bagaimanapun, bekas penjaga gawang Colombia itu menambah bukan hanya Lloris memperagakan persembahan terbaik di posisi penjaga gol.

“Saya fikir terdapat tiga atau empat penjaga gol pada kejohanan kali ini,” katanya yang dianggap antara penjaga gol legenda Colombia.

“(Penjaga gol Belgium, Thibaut) Courtois turut melalui Piala Dunia yang hebat. Selain itu, Daniel Subasic dari Croatia turut sama. Secara keseluruhannya, saya fikir ke semua penjaga gol pasukan yang mara ke separuh akhir membuktikan mereka mampu beraksi di tahap tertinggi.”

Apabila ditanya pasukan manakah yang akan memenangi Piala Dunia kali ini, jawabnya “kita tunggu dan lihat” dan menambah kemaraan Croatia ke final adalah satu kejutan.

Final Piala Dunia kali ini akan melabuhkan tirainya pada Ahad ini, dengan Perancis akan berdepan Croatia di Stadium Luzhniki di final. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.