Perlantikan Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim di luar kebiasaan

TAN Sri Richard Malanjum menandatangani Surat Cara Pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara di Istana Negara. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Hakim bukan dalam kalangan orang Islam dan Melayu tidak menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara, tetapi ia luar daripada kebiasaan yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, berdasarkan pengalaman lalu, hampir semua Ketua Hakim dilantik dalam kalangan orang Melayu dan Islam, kecuali pada awal kemerdekaan apabila British melantik pegawai mereka daripada kalangan orang British dan bukan Melayu/Islam.

Katanya, pada awal kemerdekaan itu, pelantikan Ketua Hakim bukan dalam kalangan orang Melayu dan Islam kerana ketika itu masih dalam proses peralihan dari negara dijajah kepada negara merdeka.

“Memang dari sudut Perlembagaan, tiada ketetapan pelantikan Ketua Hakim perlu dalam kalangan orang Melayu dan Islam. Namun, berdasarkan sejarah Ketua Hakim Negara dipilih dalam kalangan orang Melayu dan beragama Islam.

“Ada Ketua Hakim ini dipilih dalam kalangan keluarga di Raja seperti Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,” katanya dihubungi mengulas mengenai bantahan sesetengah pihak terhadap pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim yang baharu.

Muhammad Fathi berkata, bantahan dan kebimbangan ramai terhadap pelantikan Richard kerana merasakan menjadi satu keperluan kepada seorang yang memimpin badan kehakiman perlu dilengkapi dengan ilmu asas Islam dan prinsip asas perundangan Islam atau sekurang-kurangnya mampu memahami perbandingan antara undang-undang Sivil dan Syariah.

Katanya, kebimbangan itu juga kerana dalam membuat keputusan di mahkamah, hakim perlu berhadapan dengan beberapa isu berkaitan dengan undang-undang Islam, pandangan alam dan ilmu tasawur dalam sistem perundangan Islam itu sendiri.

“Contohnya dalam persoalan konflik bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil. Dalam situasi ini, hakim kena faham dengan kedudukan perundangan Islam itu.

“Justeru, rakyat mahu melihat adalah lebih baik Ketua Hakim dipilih dalam kalangan yang beragama Islam.

“Isu ini jadi perhatian kerana masyarakat mempunyai satu harapan dan kesedaran untuk melihat kedudukan Islam berada tempat sewajarnya kerana Islam sebagai agama Persekutuan dan undang-undang Islam itu sebahagian dalam perundangan negara.

“Pertikaian pelantikan ini juga kerana ia sama dalam polemik pelantikan Peguam Negara yang juga bukan dalam kalangan orang Melayu Islam, yang mana beliau seorang yang beragama Kristian dan bukan Melayu,” katanya.

Muhammad Fathi bagaimanapun melihat isu pelantikan itu dari sudut kekanan (seniority) dalam perkhidmatan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Katanya, Ketua Hakim yang baharu ini adalah seorang hakim yang sudah lama berkhidmat dan dikategorikan hakim paling kanan yang sememangnya paling layak menduduki kerusi berkenaan.

“Kita mengharapkan perkara ini difahami dan diambil kira oleh Ketua Hakim baharu. Kita harap beliau dapat mengimbangi sentimen rakyat dan memahami serta meneliti aspek pengetahuan dalam perundangan Islam.

“Dengan cara itu, beliau dapat memberi penghargaan dalam Undang-undang Islam dan mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan elemen keadilan dalam undang-undang Islam,” katanya.

Sementara itu, Setiuasaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Hasan Mad berkata, MPM tidak menyokong perlantikan Richard Malanjun kerana meragui kemampuan beliau untuk berlaku adil terhadap Islam.

Katanya, bukan soal agama orang yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim yang dipertikaikan, tetapi rekod penghakiman yang pernah beliau buat selama ini dilihat tidak memihak kepada Islam.

“Contohnya dalam kes Lina Joy. Malah sebelum ini, ada calon Melayu yang pernah ditolak kerana kredibilitinya meragukan.

“Justeru, MPMtelah bincang sesama kami dan kami tidak menyokong perlantikan beliau kerana meragui kemampuan beli Katanya, bukan agama orang yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim yang dipertikaikan tetapi rekod penghakiman yang pernah beliau buat selama ini dilihat tidak memihak kepada Islam.

“Contohnya dalam kes Lina Joy. Malah sebelum ini, ada ada calon Melayu yang pernah ditolak kerana kredibilitinya meragukan.

“Justeru, MPM telah bincang sesama kami dan kami tidak menyokong perlantikan beliau kerana meragui kemampuan beliau berlaku adil terhadap Islam,” katanya dihubungi NSTP.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.