Tiada lagi gol offside

Pemain Brazil meminta video bantuan pengadil (VAR) pada pertemuan suku akhir dengan Belgium pada Piala Dunia, 6 Julai lalu. – Foto AFP

MOSCOW: Jaringan yang terhasil daripada situasi ofsaid kini hanya akan tinggal sejarah apabila video bantuan pengadil (VAR) digunapakai,” kata Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino yang memuji bekerkesanan teknologi itu dalam saingan Piala Dunia Russia.

Malah Infantino juga mengumumkan yang kejohanan edisi kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah.

Infantino berkata walaupun sebelum ini timbul kebimbangan terhadap penggunaan teknologi itu, sekarang sistem berkenaan nyata sudah berfungsi dengan baik.

“Ia adalah satu perkembangan lebih baik berbanding sebelumnya. VAR tidak menukar bola sepak sebaliknya ia ‘menyucikan’ bola sepak dan menjadikannya lebih jujur dan telus serta membantu pengadil membuat keputusan dengan tepat,” kata Infantino.

“Sekurang-kurangnya tiada lagi gol yang dijaringkan dalam situasi ofsaid. Kamu tidak akan lagi lihat jaringan terhasil dalam situasi ofsaid.

“Sejak beberapa tahun ini, saya mengatakan penganjuran Piala Dunia kali ini akan jadi yang terbaik dan hari ini saya boleh katakan sekali lagi dengan penuh yakin.” -Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.