Benarkah Bajet2012 abai golongan muda?

Pembentangan bajet 2012 telahpun melabuhkan tirainya pada 7 oktober 2012 namun masih ramai yang bercakap-cakap perihal bajet kali ini tidak kurang yang mengkritik dan mempersoalkan. Salah satu daripadanya ialah DR. RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua,Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi laman blong tranungkite online. Hasil pemerhatian beliau sejurus selepas pengumuman bajet 2012 dibuat oleh PM mendapati bajet kali ini terus mengabaikan golongan muda kerana menurut beliau ”Tiada peruntukkan khusus untuk pembangunan insan dan latihan untuk anak muda. Kerajaan BN juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung kadar pengangguran graduan di tanahair yang semakin meningkat, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi. Kerajaan sewajarnya memperuntukan sejumlah peruntukan buat universiti tempatan bagi melatih bakal graduan dalam pengurusan risiko dan kreativiti kerja. Anak muda yang diluar lingkaran kampus dilihat semakin terpinggir dalam isu pencarian pekerjaan”.

Adakah dakwaan ini benar? Mari kita nilai pula pendekatan kerajaan dalam menangani isu golongan muda khususnya graduan menganggur. Sebelum ini kerajaan seperti yang kita lihat sangat prihatin terhadap graduan menganggur dimana Siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, kini berpeluang untuk menerima latihan dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) selama setahun.

Mereka bukan sahaja berpeluang untuk mencari pengalaman dan mengasah kemahiran tetapi juga layak untuk menerima elaun minimum sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut. Antara usaha yang dilakukan termasuklah menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) setiap Naib Chanselor universiti awam, mengadakan kurikulum keusahawanan dan menjalankan program kemahiran tertentu serta melaksanakan program bimbingan pelajar di syarikat awam dan swasta sebelum pelajar menjadi siswazah.
Di bawah skim ini, semua graduan Sarjana Muda dari institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon. Menerusi program ini juga kerajaan turut menyediakan 10,000 peluang pekerjaan kepada mereka sekaligus menyelesaikan maslah pengangguran lebih daripada 32,000 graduan. Selain itu program-program seperti pameran kerjaya seperti BN youth job fair juga salah satu usaha kerajaan membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan di mana lebih 7000 peluang pekerjaan tersedia di depan mata.

Jelas memperlihatkan pandangan DR. RAJA AHMAD AL-HISS dibuat tanpa usul periksa kerana sememangnya kerajaan telah lama memfokuskan usaha-usaha membantu dan memperkasakan golongan muda khususnya graduan. Perkara ini sahaja tidak perlu kerajaan umumkan dalam bajet 2012 kerana sebagai graduan mereka bijak untuk menilai. Tidak semestinya pengumuman bajet perlu mengkhususkan golongan muda semata-mata. Walaubagaimanapun kita masih dapat lihat graduan juga tidak lepas dari menikmati peruntukan dalam bajet 2012 seperti subsidi petrol, bantuan potongan diskaun bagi pembelian buku sebanyak RM200, malah bagi mereka yang ingin memiliki rumah juga kerajaan permudahkan proses untuk memilikinya malah nilai maksimum rumah juga turut ditingkatkan.

Kesimpulan mudah berkenaan isu ini, sebagai mahasiswa mahupun golongan belia kita janganlah mudah untuk terpedaya dengan dakyah-dakyah sesetengah pihak yang hanya mampu untuk duduk dibelakang dan mengkritik, sebetulnya kita perlu bersama-sama menyokong usaha murni seperti ini terutamanya dalam melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

4 thoughts on “Benarkah Bajet2012 abai golongan muda?

  • 13/10/2011 at 9:21 pm
    Permalink

    kerana pihak ini hanya duduk di belakang lah, diorang hanya pandai mengkritik, tapi diberikan tanggungjawab, tak sebaik mana pun. bercakap tu kan memang lebih mudah.
    Belia yang bijak akan menilai dahulu setiap perkataan diorang ni sebelum menerimanya bulat-bulat.

    Reply
  • 13/10/2011 at 9:33 pm
    Permalink

    Perlu juga diingat, kerajaan turut memperuntukkan bajet tambahan kepada pertubuhan belia bagi menggalakkan aktiviti yang memenuhi kehendak merea

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:22 pm
    Permalink

    kerajaan patut mengurangkan bersara wajib penjawat awam untuk memberi peluang golongan muda mendapat pekerjaan yang menjamin…

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:33 pm
    Permalink

    golongan muda pembangkang jer yang rasa mcm nie…yg rase kerajaan nie dimata die memang salah 100%…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.