Dana RM2j bagi galak terbit buku ilmiah S&T bahasa Melayu

MELAKA 13 Okt. — Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana berjumlah RM2 juta mulai tahun depan.

Dana berkenaan bertujuan menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, setiap penulis yang menghasilkan buku tersebut yang akan diterbitkan DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain bayaran royalti yang biasa diterima.

“Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan menentukan karya-karya yang layak diterbitkan berdasarkan menuskrip yang dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis yang berjaya,” katanya semasa merasmikan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, penubuhan dana tersebut merupakan antara langkah kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Beliau berkata, pasa masa kini, jumlah buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu amat sedikit iaitu daripada hampir 15,700 judul buku yang diterbitkan di negara ini, hanya terdapat kira-kira 3,900 judul buku dalam kedua-dua bidang itu. — Bernama

One thought on “Dana RM2j bagi galak terbit buku ilmiah S&T bahasa Melayu

  • 13/10/2011 at 9:12 pm
    Permalink

    pasa masa kini….. salah ejaan tu. hehe… tolong betulkan tuan editor.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.