Pemuda dipaksa kahwini lembu selepas ‘kantoi’ lakukan seks luar tabii dekat sawah padi

SEORANG remaja Bali yang ditangkap ketika melakukan perbuatan bersetubuh dengan seekor lembu tidak sedarkan diri pada Jumaat selepas dia dipaksa berkahwin dengan haiwan tersebut dalam upacara yang disaksikan oleh ratusan orang awam.

Seperti yang dilaporkan di Jakarta Globe, Ngurah Alit, 18, seorang penganggur dari kampung Yeh Emcbang di Jembrana ditangkap dalam keadaan bogel dekat sebuah sawah.

Dalam pembelaannya, Alit mengakui perbuatan tersebut tetapi mendakwa lembu itu, yang dipercayainya adalah seorang wanita muda dan cantik, telah menghiburkannya dengan puji-pujian.

Sebagai sebahagian daripada ritual Pecaruan iaitu upacara membersihkan kampung daripada perbuatan tidak suci seorang lelaki mengawan dengan seekor lembu, Alit terpaksa ‘berkahwin’ dengan binatang itu.

Bagaimanapun, menurut Detik.com, Alit pengsan ketika dikelilingi penduduk tempatan dan polis yang cuba menghalang beberapa wartawan yang datang untuk membuat liputan.

Masih tidak jelas sama ada Alit sempat melafazkan ikrar perkahwinan atau tidak.

Ibu remaja terbabit menangis teresak-esak dan rebah semasa upacara itu berlangsung.

Bagaimanapun, ‘isteri’ Alit dihanyutkan ke laut selepas upacara tersebut. – Business Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.