Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Esok

ORANG ramai semasa melihat anak bulan pada majlis Cerapan Rasmi Hilal (Anak Bulan) Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.