Gigih Abang Bomba Melayan Ragam Wanita Warga Vietnam

© Provided by Media Prima ANGGOTA bomba memotong mangga pada pagar besi rumah seorang wanita warga Vietnam yang dipercayai cuba membunuh diri di sebuah kondominium di Taman Pandan Mewah, Ampang, semalam. Gambar kanan, wanita warga Vietnam yang ditemui mengunci diri dalam rumah terbabit. FOTO Ihsan Bomba

ANGGOTA bomba terpaksa memotong mangga pada pintu pagar besi rumah wanita yang dipercayai cuba membunuh diri di rumahnya di kondominium di Taman Pandan Mewah, Ampang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa yang juga warga Vietnam berusia 33 tahun dikatakan mengunci diri di dalam rumah selepas berlaku pergaduhan dengan suami menyebabkan jirannya memaklumkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.50 petang.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati pintu pagar besi rumah itu berkunci. Mereka terpaksa memotong mangga pagar besi dan membuka tombol pintu rumah berkenaan selepas wanita itu tidak mahu membuka pintu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Rizal berkata, hasil pemeriksaan menemui seorang wanita warga Vietnam di atas katil di bilik rumah terbabit dalam keadaan mabuk dengan luka kecil pada jarinya.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-HM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.