SC beri kebenaran tawaran ambil alih PNB bagi SP Setia

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Pemaju hartanah SP Setia Bhd hari ini mengumumkan yang Suruhanjaya Sekuriti (SC) meluluskan tawaran pengambilalihan bersyarat Permodalan Nasional Bhd (PNB) terhadap syarikat.

Maybank Investment Bank Bhd, yang bertindak bagi pihak PNB, dikehendaki memaklumkan SC apabila selesai tawaran berkenaan, demikian menurut SP Setia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

PNB, yang mempunyai 33.2 peratus pegangan dalam SP Setia, menawarkan RM3.90 sesaham. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.