Dua rakan maut kereta rempuh besi penghadang jalan

ANGGOTA bomba dan penyelamat serta polis mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dibawah pacuan empat roda yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 174.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, petang tadi. – Foto Norizzah Baharudin

Jasin: Dua rakan terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh besi penghadang selepas terbabas di Kilometer 174.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, petang tadi.

Mereka dikenali Megat Saiful Farhan Megat Zaidi, 22, beralamat di Taman Putri Mas, Simpang Renggam, Johor, dan Nur Azleeza Ismail, 23, beralamat di Ladang Sedenak, Kulai, Johor.

Kejadian kira-kira jam 4.10 petang, ketika mereka dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Johor Baru.

 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

-BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.