Puluhan Tahun Merdeka Rakyat Indonesia Masih Tidak Matang

Sekali lagi pejabat kedutaan besar Malaysia di Indonesia bergegar berikutan tunjuk perasaan oleh rakyatnya yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Forum Betawi Rempug (FBR). Asas kepada terjadinya tunjuk perasaan tersebut ialah kononnya Malaysia mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Apakah dakwaan ini benar? Sekali lagi perkara berkenaan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tanpa usul periksa.

Kebiadaban dan ketidakmatangan sekali lagi ditunjukkan oleh segelintir rakyat Indonesia yang tidak pernah faham akan kepentingan hubungan dua hala ini. Sebenarnya isu ini tiada asas untuk dibangkitkan kerana para pemimpin Indonesia sendiri telah bangkit bertindak mempertahankan Malaysia menerusi Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hubungan Keselamatan, Djoko Suyanto yang juga bersama-sama dengan Menteri Luar, Marty Natalegawa, Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi dan Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro dalam siding akhbar di Republik itu menyatakan bahawa “Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928,”. Berdasarkan rekod sejarah, perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris yang masing-masing menjajah Indonesia dan Malaysia, kata sepakat dicapai berhubung batas garis sempadan kedua-dua negara itu. Ini bermakna isu ini sengaja dimainkan oleh sesetengah pihak untuk mengeruhkan lagi hubungan dua hala yang selama ini terjalin kuat antara satu sama lain.

Tambahan pula pemimpin-pemimpin Indonesia telah bertindak mempertahankan Malaysia. Bertindak atas perkara ini, sebenarnya Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah pun mengemukakan nota diplomatik kepada kerajaan Indonesia berhubung aksi tunjuk perasaan anjuran Forum Betawi Rempug (FBR) sehingga menyebabkan berlaku kerosakan di pagar bangunan tersebut. Sepatutnya pihak berkuasa sesebuah negara harus melindungi harta benda setiap pejabat misi kedutaan asing kerana ia melibatkan asset bagi sesebuah negara tersebut.

Sudah tiba masanya rakyat Indonesia yang mempunyai sentimen negatif terhadap Malaysia menghentikan perkara sia-sia seperti ini kerana sememangnya hubungan baik kedua-dua negara perlu dijaga baik, janganlah nanti kita akan dijadikan seperti negara-negara Arab yang mana mereka berjiran sesama islam namun saling bermusuhan. Lihat sahaja negara Palestin, Libya, Syria, Lebanon.

Negara-negara ini sebenarnya dalam diam telah dipermainkan oleh orang yahudi yang mengambil kesempatan untuk megucar-kacirkan orang-orang islam. Tidak mungkin satu hari nanti mereka juga akan mengambil kesempatan atas ketegangan yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia. Bagi rakyat di negara ini khusunya mereka yang menentang kerajaan, jangan pula kita jadikan isu ini sebagai titik tolak untuk kita semua percaya kepada usaha-usaha untuk memanaskan lagi soal hubungan diplomatik Jakarta dan Kuala Lumpur. Apa yang penting pertahankan maruah dan kedaulatan negara.adakah anda sanggup melihat bendera kita di bakar? Rakyat kita dihina seperti binatang? Bangkit bertindak sebagai seorang yang mempunyai maruah. Sayangilah Malaysia.

3 thoughts on “Puluhan Tahun Merdeka Rakyat Indonesia Masih Tidak Matang

  • 22/10/2011 at 10:32 pm
    Permalink

    apa yang penting….kerjasama…

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:43 pm
    Permalink

    hubungan indonesia dan malaysia bagaikan abang dan adik. sekejap baik, sekejap gaduh.

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:49 pm
    Permalink

    agnes monica jugak terbaik…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.