Soal Jawab: Berdosa Jika Berprasangka Buruk Ke Atas Suami Seperti Intip SMS, WhatsApp Dan Facebook

Sikap tak percaya boleh rosakkan hubungan

Soalan:

Berdosakah saya ustaz kerana tanpa pengetahuan suami sering mengintip beliau. Saya juga sering melihat mesej pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp juga Facebook beliau melalui telefonnya.

Suraya Sulaiman, Ipoh, Perak

Jawapan:
Berprasangka buruk terhadap orang lain adalah salah dan berdosa. Apa lagi sekiranya dilakukan terhadap suami sendiri. Sikap buruk sangka ini hanya merosakkan hubungan suami isteri yang sepatutnya dibina atas dasar kepercayaan.

Perbuatan mencari kesalahan suami dan memikirkan perkara negatif terhadap suami adalah dilarang seperti peringatan Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 12. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhi kebanyakan berprasangka kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.”

Tindakan mengintip dan mencari kesalahan suami dengan memeriksa telefon bimbit, e-mel dan akaun Facebooknya juga adalah perbuatan yang salah dan tidak amanah. Selain ia melanggar hak peribadi suami, tindakan itu juga menggalakkan pergaduhan antara suami isteri. Tidak hairanlah Rasulullah SAW sangat membenci perbuatan ini.

Sabda Baginda: “Berhati-hatilah kalian daripada tindakan berprasangka buruk kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan.

Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling intip-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Berkenaan perbuatan tajasssu atau mengintip kesalahan orang lain, seorang sarjana Islam, Abu Hatim bin Hibban al-Busti menjelaskan dalam kitabnya Raudhah al-‘Uqala’: “Tajassus adalah cabang daripada kemunafikan, seperti sebaliknya prasangka yang baik adalah cabang daripada keimanan.

Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mahu membuatnya sedih dan berduka, sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita.”

Justeru saya menasihatkan puan agar beristighfar dan bertaubat daripada perbuatan dan kesalahan yang puan lakukan. Ia bukan saja bagi membersihkan dosa yang dilakukan, tetapi juga mengembalikan ketenangan dalam hati.

Ini kerana prasangka buruk terhadap suami pasti menyebabkan jiwa puan sering tertekan dan merana. Oleh itu hentikan segera perbuatan ini dan bertaubatlah.

Sekiranya ada sebarang isu berkaitan suami, sebaiknya puan berdepan sendiri dengan suami dan mendapat jawapan terus daripadanya. Jika berlaku krisis, carikan orang tengah yang mampu mendamaikan kedua-dua pihak.-BH.

25 thoughts on “Soal Jawab: Berdosa Jika Berprasangka Buruk Ke Atas Suami Seperti Intip SMS, WhatsApp Dan Facebook

  • 17/03/2014 at 4:52 am
    Permalink

    Lg bdosa bla kta bsgka bruk..bg sy cek hp suami hak sowg istri,law nk kta hp tu hak pribdi msg2,baek x yah kawen hdp bujang,pkhwnan bmksd hmpun,kumpul..drpd segi istlh laen,mghmpun dua aty mjd 1..brkgsi sgala suka duka,ssh pyh..pnt lelah,sedih n tawa..

    Reply
    • 17/03/2014 at 5:25 pm
      Permalink

      bukan semua boleh kongsi ngan isteri..kadang2 berbincangan hal lelaki sama lelaki..di mana bila isteri baca hp suami..boleh memalukan kawan kepada suami tu.. so, suami tu kira tak amanah la menjaga aib kawan dia tu…sbb si isteri tu dah cek hp suami dah tau dah isi perbincangan antara suami dan kawannya.. jgn pk buruk sangat.. kenapa nak cek hp suami? pasal tak percaya..pasal tu nak cek.. kalau kamu rasa baik tak yah kawin..so, tak yah la kawin..bujang la sampai akhir hayat kamu…

      Reply
    • 17/03/2014 at 8:52 pm
      Permalink

      Bintang..bagi saya pula,kalau isteri sllu cek hp suami senyap2 tnda nya c isteri xpcaya kn suami..dlm pkahwinan kejujuran n kepacayaan tu penting kn..pkahwinan juga tercipta atas dasar kepercayaan antara 1 sama lain..so sy rsa mmg xpatut la isteri nk cek hp lg pn xda dlm senarai pkahwinan hak isteri utk cek hp suami..

      Reply
  • 17/03/2014 at 4:22 pm
    Permalink

    Macam mana pula kalau enpon isteri lak suami sentiasa check? Tanpa izin..

    Reply
  • 18/03/2014 at 12:34 am
    Permalink

    bintang…
    dah namanya kau tu isteri.. jantina nya perempuan.. Allah jadikan darjat lelaki lebih dari perempuan..
    suka hati mak ko jer nak jawab…
    nak jawab jangan ikut akal ko yang pendek tu…
    ustaz jawab berdasar ayat quran.. cuba ko bagi ayat quran ke hadis ke.. perempuan macam ni la yang perosak..
    nuri..
    dah memang isteri tu hak suami.. ustaz.. tolong la sekolah kan pompuan dua orang ni…

    Reply
  • 18/03/2014 at 12:44 am
    Permalink

    Nabi SAW bersabda :

    Ertinya : “Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” (Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

    Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus.

    Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

    “habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?”

    Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu. Namun sedikit ulasan dari persoalan begini. Bezanya suami berbanding isteri. Suami boleh berkahwin lebih dari satu. Namun isteri tetap akan mempunyai seorang suami selagi tiada penceraian atau yang sejajar dengannya. Maksudnya disini satu perbezaan yang amat besar bila suami ada wanita lain (bergantung pada tujuan) berbanding Isteri punyai lelaki lain.

    Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

    Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

    Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

    Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

    Reply
  • 18/03/2014 at 6:48 am
    Permalink

    Percaya sgt pnting. N kesetiaan jugak penting. Sy n husband smpaikan hp bole tukar2. Kne transparent.

    Reply
  • 18/03/2014 at 10:18 am
    Permalink

    Memang berdosa lg berdosa bila suami yg menjadi punca yg menyebabkan isteri membuat tindakkan seperti cek hp @ what ever la… Sy hidup disekeliling org2 yg x tawu sy nk gmbrkn tp cukup lah Allah yg tahu…

    Reply
  • 18/03/2014 at 1:08 pm
    Permalink

    Ustaz..mf klu sy bertnya sb sy pernah melihat kebenaran srg suami curang dgn wanita lain..bertukar msg ttg sex yg mereka lakukan..bertapa terlukanya hati seorg isteri bila terbaca text or msg suami dgn wanita lain…sempat memburuk serta maki hamun isteri sdri utk raih simpati ppuan lain..klu keadaan sebegini masih berdosakah klu seorg isteri membaca msg si suami hnya utk mndapat kepastian ttg kebenaran si suami..minta jwapan dri ustaz..terima kasih

    Reply
  • 18/03/2014 at 5:18 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..maaf bertanya..walaupun sy x dibenarkan check hp suami (lock security)..tp hati sy masih beranggapan bahawa dia curang terhadap sy..sy pnah terbaca di blog yg mana mengatakan hati isteri ini selalunya benar..dh byk kali sy cuba buang perasaan tu tp x boleh..sbb sepanjang perkahwinan selama 4 thn,dah 7 kali dia curang..sy dh wat yg terbaik utk dia..cuma allah masih belum bg rezeki zuriat utk kami..jd apa yg perlu sy buat ustaz..?sy mntk dia lepaskan sy,tp dia taknak..

    Reply
  • 18/03/2014 at 7:50 pm
    Permalink

    Sbb saya tgk henpon suami saya la, saya dpt tahu suami saya main ayat2 cinta dgn isteri org. Klau saya x buka msg tepon dia, mesti sampai mati saya kena tipu.

    Reply
  • 18/03/2014 at 7:56 pm
    Permalink

    Puan hmmm…
    Pada mulanya saya mcm puan dan suami jugak. Kami bleh bertukar2 telefon. Kt rumah, telefon leh letak merata. Bila dia ada skandal, telegon sentiasa silent, balik rumah sembunyikan telefon tu. Tentu kita sbg isteri rasakan sesuatu.
    Satu hari Allah nk tunjuk, dia tertinggal telefon dlm keta semasa keluar isi minyak. Msg masuk, dan saya buka…. msg bersayang2, berabang2, pujuk rayu semuanya ada.

    Reply
  • 18/03/2014 at 8:39 pm
    Permalink

    Isteri xkan buat begitu jika suaminya benar2 jujur…xperlu risau kalau isteri buat begitu …bila wanita dikhianati kepercayaannya hilang sampai ke mati!!

    Reply
    • 19/03/2014 at 2:25 am
      Permalink

      Bila berbicara bab agama tolong jgn campur adukkan dgn emosi. Ikut saja kata nabi dan para alim ulamak. Bukan kata hati dan logik akal semata.

      Reply
  • 19/03/2014 at 12:17 pm
    Permalink

    Abes klu husband dh 24 hour nset ade bersama … dlm toilet pon bwk nset … isteri mesti dh pikir lain … bile tanye borak dgn lelaki .. tp bile semak, ramai yg perempuan dr lelaki … siap bersyg2 lagi .. group2 dlm wechat pon ramai yg perempuan yg x pandai nk jage tatasusila .. adakah ini pon dikire berdosa ?

    Reply
  • 19/03/2014 at 2:24 pm
    Permalink

    Lelaki bila nak pasang 2 pandai berbicara psal hukum agama..abis kalau buat maksiat..mula dgn sms..kluar bersama akhirnya berzina..mana pg semua hukum Allah???sb tu isteri kn cek sblm benda tersebut jd lebih rumit..

    Reply
  • 19/03/2014 at 7:29 pm
    Permalink

    Sblm ni saya sgt percayakan suami saya, apabila saya tgk dia pelik dari biasa ( asyik berkepit dgn henpon), saya mula curiga, apabila cek henpon mmg btl dia ada hubungan dgn pompuan lain, siap cakap dia bujang lg dengan awek tu….lelaki tak boleh diberi kepercayaan 100%!!!

    Reply
  • 20/03/2014 at 10:34 am
    Permalink

    1. Perkahwinan tercetus kerana cinta dan kepercayaan. Mari kita kekalkan dua cetusan itu.

    2. Prasangka hanya akan melarat dan membawa kepada ketidakpercayaan yang lebih hebat. Ia akan terbina dalam diri sendiri secara tidak langsung kerana sudah dijadikan kebiasaan.

    3. Bila prasangka menjadi kebiasaan, dua cetusan awal tadi tidak dapat dipupuk. Yang dipupuk adalah ketidakpercayaan.

    4. Jangan gunakan ‘hak’ sebagai alasan. ‘Hak’ termaktub dalam konteks lain seperti contoh tanggungjawab nafkah dsb.

    5. Pada akhirnya nanti, soalan yang paling penting adalah: apa yang kita perlu semai? Cinta atau benci?

    Reply
  • 22/04/2014 at 7:34 am
    Permalink

    Assalamualaikum. Bagaimana pula sekiranya perbuatan suami itu sendiri yang menyebabkan isteri curiga. Tindakan suami yang tidak menjaga batasan dengan wanita lain. Contohnye, penggunaan perkataan i miss u. Pengalaman saya, seorang teman lama (cinta monyet) suami saya yang telah bergelar isteri kepada seseorang, pernah mengucapkan perkataan i miss u pada suami saya. Perkara yang paling menyedihkan, suami saya membalas dengan ucapan ‘i miss u to’. Perubahan suami saya yang taksub dengan henfonnya menyebabkan saya curiga. Ungkapan itu saya terbaca dalam watsapp yang dihantar kepada suami saya. Bila saya persoalkan, suami tidak mahu berterus-terang serta tidak mahu menjelaskan keadaan sebenar. Kebenaran terbongkar setelah saya selongkar henset dia. Sejak hari itu, kepercayaan saya semakin berkurangan terhadap suami saya. Sehingga hari ini saya cube untuk kembalikan kepercayaan itu, tapi amat sukar untuk menerimanye.

    Reply
  • 18/09/2014 at 11:48 am
    Permalink

    Sy akui kbnrn dr hadis lelaki brhak pd sglnya. Tp kbnrn juga mnunjukkn kbnykkn lelaki x mmpu brtgjwb pd stiap prbuatannya. Dn bila trjd mslh, lelaki mggunakn hdis tuk mnjdi benteng dn mengeklkn dia sntiasa bnr. Mngpa harus begitu?…

    Reply
  • 24/05/2017 at 1:42 pm
    Permalink

    As. Saya punya istri
    Dan saya menpunyai 1 anak laki laki
    Saya menikah sudah 2 tahun
    Istri saya ini tidak perna percaya kepada saya istri saya selalu curiga kepada saya selalu menuduh saya selingkuh padahal saya tidak perna selingkuh
    Apakah hukum ny kepada istri saya .. terima kasih

    Reply
  • 15/01/2018 at 10:05 am
    Permalink

    Saya memang tak pernagh nak chck hp suami tapi bila pernah di tipu dan menyorokkan sesuatu perkara yang menghancurkan hati saya, mendorong saya untuk memeriksa hp suami tanpa pengetahuannyer.. ada la juga msg2 untuk perempuan seperti dah makan, jaga diri, ada rezeki jumpa yang membuatkan saya curiga tapi saya tidak menyuarakan kerana sekiranya saya menyuarakan lepas ni pasti saya tidak dapat nak tau perkembangan msg2 yang lain… bukan nak kata suami curang dengan saya tapi cuma nak tau selanjutnya cerita mereka(antara suami dan Hamba Allah itu).. Saya sedar salah perbuatan saya tapi saya terpaksa kalau tidak lagi saya tak tenteram.. saya bukan jenis nak kontrol suami cuma saya takut dia ambil kesempatan atas kepercayaan saya.. sekurngnya kalau ada apa2 antara suami dan hamba Allah itu saya bersedia dan baru lah saya akan minta penjelasan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.