Berapa Nilai BR1M Pakatan?

DATUK Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan manifesto pilihanraya umum ke 14 untuk BN pada 7hb lepas, telah menyatakan bahawa BR1M yang hari ini dinikmati 7 juta orang dewasa di negara kita, akan dinaikkan ke RM 2,000 setahun sekiranya BN menang dalam PRU14 yang akan datang.

Berbeza dengan janji PRU13 dimana BR1M dinaikkan ke RM 1,200 secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun, BR1M yang baru ini pulak akan terus berkuatkuasa dalam pembayaran bulan Julai dan September akan datang.

Pakatan, sekalipun turut dengan tak malunya berjanji untuk meneruskan BR1M, masih lagi tidak menjelaskan kerangka bagaimana BR1M ini akan diagihkan kepada rakyat.  Jangan kata itu, jumlahnya pun kita tak tahu berapa.  Kalau dia bayar RM 200 saja pun, tak siapa boleh pertikaikan sebab dia kata akan teruskan, berapa?  Dia tak sebut.

Laksana atau tidak janji ini belum tahu, berapa nak jumlah nak dibayar pun masih tak tahu juga.  Takut jadi macam Azmin, janji bonus 3 bulan untuk kakitangan awam Selangor dalam bajet tahun 2017, rupanya sebulan dah dibayar lebih awal.  Terkena kakitangan awan Selangor, kena goreng hidup-hidup.

Rakyat ada hak untuk sangsi dengan janji Pakatan untuk melaksanakan BR1M ini.  Mereka akan buang GST yang mendatangkan pulanggan lebih RM 40 billion kepada negara dan menggantikannya semula dengan SST yang paling tinggi berjaya dipungut pun hanya sekitar RM 18 billion sahaja.

Dalam masa yang sama, meneruskan pulak subsidi pukal minyak walaupun hanya kepada kenderaan dibawah 1300cc – bercakap pasal ini entah berapa banyak ketirisan yang berlaku dan dari segi praktikalnya macam mana.

Persoalannya, dari mana punca pendapatan akan diperolehi untuk menampung BR1M?  Adakah dengan menaikkan cukai sedia atau mengurangkan BR1M dari RM 2,000 yang dijanjikan BN atau macam mana?

Lagipun kena ingat ni, calon PM Pakatan ini, Mahathir, bukan saja tua bangka, dia juga adalah seorang penipu.  Kedai roti (melungkup) dia sendiri pun dia tak mengaku.-MyKMU.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.