Mustapa ketuai misi ke China

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke China selama seminggu bermula Ahad ini.

Misi itu bertujuan mengembangkan ikatan dagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China selain memperkukuhkan rangkaian perniagaan sektor swasta di kedua-dua negara.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya di sini berkata, Mustapa akan melawat Hong Kong (HK) pada hari pertama misi tersebut.

Di sana, beliau akan mengenal pasti beberapa pelabur yang berminat mengambil peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi di negara ini.

MITI berkata, sewaktu melawat ke Chengdu pula, Mustapa akan bertemu dengan beberapa ahli perniagaan China yang turut berminat melabur di Malaysia serta profesional Malaysia yang bekerja di sana.

”Temu janji turut dibuat bagi menemukan Mustapa dengan Pemimpin Wilayah Szechuan bagi mengukuhkan hubungan dagangan dua hala,” kata Kementerian itu.

Di Beijing, selain mesyuarat dengan pelbagai syarikat China, Mustapa turut mempengerusikan Suruhanjaya Dagangan dan Kerjasama Ekonomi Malaysia-China ke sembilan.
Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.