Skuter tanpa petrol

MENAIKI motosikal atau skuter ke tempat kerja memang menjadi pilihan kebanyakan daripada kita yang tidak sanggup menghadapi kesesakan jalan raya atau ingin berjimat berbanding menggunakan kereta.

Bagaimanapun, motosikal atau skuter masih memerlukan minyak untuk bergerak dan alangkah baiknya jika kita tidak perlu langsung mengisi minyak apabila menaiki motosikal atau skuter ketika hendak ke pejabat.

Sebenarnya, pelbagai pihak di seluruh dunia kini sedang berusaha untuk merealisasikan impian kita tersebut dengan membangunkan motosikal atau skuter yang hanya menggunakan tenaga elektrik.

Kelebihan skuter elektrik ini adalah ia bukan sekadar menjimatkan perbelanjaan pengguna kerana tidak perlu membeli petrol tetapi juga ia amat mesra alam kerana tidak melepaskan karbon dioksida ke udara.

Berikut ialah lapan jenis skuter yang telah diperkenalkan kepada pasaran baru-baru ini yang menggunakan kuasa elektrik dan mempunyai reka bentuk bergaya.

Ikuti laporan penuh dalam sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.