Ketua Wanita UMNO : Mak Lampir Zuraida Mengaruk Pula!

Mak Lampir Zuraida Kamaruddin sudah mula mengilai. Meroyannya sudah datang selepas DS Shahrizat dipilih oleh para perwakilan UMNO untuk kekal memegang jawatan Ketua Wanita UMNO.

“Agak malang jika wanita Umno masih tidak sedar dengan implikasi dengan mengembalikan semula Shahrizat  sebagai Ketua Wanita Umno.

“Walaupun suami Sharizat telah didakwa dengan dua tuduhan pecah amanah ke atas salah urus dana dalam NFCorp, namun isu kontroversi itu masih berterusan dan masih belum ada kesimpulannya lagi.”

Itu kenyataan yang dibuat oleh Mak Lampir selepas kemenangan DS Shahrizat. Macam tukang tilik pula si Mak Lampir ni sekarang. Kononnya keputusan para perwakilan memilih DS Shahrizat adalah satu keputusan yang salah dan bakal menjejaskan imej kerajaan akibat pernah terpalit dengan kontroversi ciptaan Pakatan Pembangkang itu.

Kenapa Mak Lampir tidak mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai orang lain? Adakah imejnya terlalu bersih dan keputusan memenangkan beliau sebagai Ketua Wanita PKR adalah satu tindakan yang sangat-sangat tepat dan betul?

Apa sudah jadi dengan kontroversi pemilikan dan tajaan kereta-kereta mewah yang banyak walaupun baru beberapa tahun beliau memegang jawatan dalam PKR?

Kalau suami DS Shahrizat yang didakwa pecah amanah tetapi beliau pula yang dikatakan boleh menjejaskan imej kerajaan, bagaimana pula dengan kontroversi yang secara ‘direct’ berkait dengan diri Mak Lampir sendiri? Tidakkah itu boleh dikira lebih lagi memburukkan imej?

Atau mungkin persepsi Mak Lampir, kerana beliau Ketua Wanita PKR dan sekadar pembangkang, maka kontroversinya tidak sesekali memburukkan imej sebaliknya yang berkaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional, wajib dijatuhkan hukum sebagai menjejaskan imej. Ini sudah boleh dikira berat sebelah.

Apa pula hukumnya dengan perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR dan diagung-agungkan sebagai bakal PM jika Pakatan Pembangkang berjaya menjatuhkan Barisan Nasional sedangkan kontroversi beliau adalah yang paling terburuk di kalangan pemimpin yang ada di Malaysia ini? Adakah itu tidak menjejaskan imej nanti?

Justeru, kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kenyataan dan pandangan si Mak Lampir ini adalah, apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional, calon yang dipilih wajib bersih, suci dan murni. Manakala apa sahaja yang berkaitan dengan Pakatan Pembangkang, walaupun kotor dan berkeladak, tidak perlu dipertikaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.