Jolie harap dunia tidak lupa Mosul

ERBIL: Duta UNHCR, aktres Angelina Jolie, melawat Mosul di utara Iraq semalam dan menggesa masyarakat antarabangsa tidak melupakan penduduk yang cuba membangunkan semula bandar raya itu.

Tentera Iraq merampas Mosul daripada militan Daesh pada Julai 2017, yang menguasai bandar raya berkenaan tiga tahun sebelum itu dan menjadikan ia sebagai kubu kuat pergerakan itu, dalam kempen ketenteraan yang menyaksikan 900,000 penduduk melarikan diri.

Pelakon handalan Hollywood itu bertemu keluarga dari barat Mosul dan menelusuri jalan raya yang dibom, menurut rakaman video dan gambar yang disiarkan UNHCR.

Kehidupan kembali seperti biasa di banyak bahagian di Mosul, dengan penduduk meninggalkan kem penempatan dan kembali ke rumah.

Namun kota lama di Mosul Barat musnah teruk ketika kempen pakatan unit kerajaan Iraq, Kurdis Parmega dan militan Syiah dibantu tentera antarabangsa diketuai Amerika Syarika dengan 100,000 kekuatan.

Proses pembinaan semula berjalan lambat.

“Ini adalah kemusnahan paling teruk yang saya lihat sepanjang tugasan saya dengan UNHCR. Penduduk kelihatan segala-ganya.

“Mereka miskin. Tidak mempunyai ubat untuk anak-anak, dan ramai penduduk tidak mempunyai bekalan air atau perkhidmatan asas,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau berharap ada komitmen berterusan untuk membangunkan semula dan menstabilkan keseluruhan bandar raya itu.

“Saya juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak melupakan Mosul,” katanya.

Jolie bertugas untuk UNHCR sejak 2001, melawat penduduk awam di Iraq hingga ke Kemboja dan Kenya.

Ini adalah lawatan kelimanya ke Iraq. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.