Penyokong Piala Dunia boleh beli senjata api

JIKA anda berusia 18 tahun ke atas, anda boleh membeli senjata api, AK47 tanpa sebarang pertanyaan.

Kedai senjata api di Moscow, Rusia itu terletak di sebuah pasar raya dan dijual secara terbuka.

Menurut laporan Mirror.co.uk, penyokong bola sepak England membeli senjata api untuk keselamatan diri sebaik sahaja tiba di negara sempena Piala Dunia 2018.

Pemilik kedai, Gregory Degtyar berkata: “Terdapat banyak tujuan.”

Biarpun senjata tentera itu tidak aktif, Degtyar memberitahu ia boleh digunakan lagi.

Senjata jenis Kalashnikovs dan Tommy dijual sekitar harga seribu lima ratus pound setiap satu.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.