Tornado ‘terbangkan’ sotong kurita, tapak sulaiman di Qingdao

SUKAR dipercayai, tetapi itulah yang berlaku apabila sotong kurita dan tapak sulaiman berterbangan di udara selepas ‘disedut’ oleh ribut yang kuat.

Angin tornado mengganas di bandar pesisir pantai, Qingdao, China sehingga menyebabkan hidupan marin berputar-putar di dalam puting beliung.

Beberapa gambar yang dikongsikan di laman sosial menunjukkan haiwan laut tersebut terpelanting ke atas cermin kenderaan orang awam.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Qingdao, keadaan cuaca buruk itu dirakam pada lewat tengahari Selasa lalu.

Kelajuan angin direkodkan pada 34.8 batu sesaat. – NY Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.