Tujuh calon hantar borang bertanding jawatan presiden Umno

KUALA LUMPUR: Tujuh  borang pencalonan diterima bagi pemilihan jawatan Presiden Umno selepas waktu serahan borang tamat pada 5 petang ini.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia jumlah tertinggi dalam sejarah parti  bagi pemilihan jawatan nombor satu itu.

Menurutnya, senarai akhir calon-calon yang layak bertanding bagi semua  jawatan yang dipertandingkan  dalam pemilihan parti 30 Jun ini akan  diumumkan esok oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kelayakan mereka yang menawarkan  diri akan disemak terlebih dahulu termasuk disaring Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Pemilihan dahulu tidak mencerminkan bahawa Umno terbuka kerana ada kuota-kuota yang ditetapkan untuk bertanding, tetapi kali ini Umno terbuka,” katanya dalam sidang media selepas tamat waktu menghantar  borang pencalonan di Menara Dato’ Onn di sini pada Ahad. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.