Tidak Bersalah- Akaun Bank Najib Dibuka Semula

Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan oleh pihak berkuasa mulai semalam, kata sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Portal Free Malaysia Today yang memetik sumber melaporkan, akaun Najib tersebut tiada kena mengena dengan politik dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Hakikatnya mereka membuka semula akaun itu secara senyap-senyap membuktikan mereka salah membekukan akaun itu pada awalnya.

“Difahamkan akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan keluarga,” kata sumber itu seperti dipetik oleh portal itu.

Sebelum ini, pada 11 Julai lalu, Najib menyelar pembekuan akaun bank beliau dan anak-anaknya dan menyifatkan langkah itu sebagai zalim.

Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

Malaysiakini

2 thoughts on “Tidak Bersalah- Akaun Bank Najib Dibuka Semula

  • 17/07/2018 at 7:47 pm
    Permalink

    Tindakan salah SPRM dan seolah2 tidak profesional itu mgkn boleh didakwa oleh pemeggang akaun bank berkenaan termasuk anak2 Najib..
    1. Tindakan atau perkara spt ini tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah agensi K yg dianggap profesional dan berperanan terhadap negara juga rakyat..

    Reply
  • 18/07/2018 at 1:52 am
    Permalink

    Memang patut di saman. Buat kerja tidak professional. Memalukan.
    Satu dunia tau kere.. jaan pH berhastrat dengki dgn DS Najib.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.