Aziz Bari kurang ajar – Dr. M

PARIT 16 Okt. – Tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Abdul Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini hari ini.

Selasa lalu, Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mempertikai titah peringatan Sultan Sharafuddin berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di sebuah gereja Ogos lalu.

Beliau mendakwa, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak Abdul Aziz memohon maaf kepada Sultan Selangor tetapi beliau bertegas, tiada sebab untuk meminta maaf malah, dengan lantang mempertahankan kenyataannya itu.
Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.