Karathu sah tinggalkan Kelantan mulai musim depan

KOTA BAHARU 17 Okt. – Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu mengesahkan beliau tidak akan membimbing pasukan The Red Warriors pada musim depan untuk memberi peluang kepada jurulatih lain mengemudi juara Piala Malaysia musim lalu itu.

Karathu berkata, sudah tiba masanya beliau bersama keluarga setelah banyak meluangkan masa kepada kerjayanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa, pemain, penyokong dan semua yang lain ketika saya melatih Kelantan selama semusim.

“Sudah sampai masanya bagi saya memikirkan untuk berehat bersama keluarga yang saya tinggalkan demi karier bola sepak selama ini. Kelantan sangat dekat di hati saya. Terima kasih semua,” katanya mengulas haluan baru selepas Kelantan gagal beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Pada saingan suku akhir Jumaat lepas, Kelantan tewas kepada musuh tradisi iaitu Terengganu, yang juga juara Piala FA, dengan agregat 5-3, sekaligus meranapkan impian mempertahankan kejuaraannya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.