Hapus Kuasa Mais, Cara PAS Nak Jaga Undi Kristian

SEBETULNYA, tidak ada cara yang betul-betul tepat untuk menentukan jumlah sebenar penganut agama Kristian di negara kita sebab ramai di kalangan orang cina/India yang lahir sebagai Buddha/Hindu dan kemudian menukar agama kepada Kristian, tidak mendaftarkan pertukaran ini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana tidak ada keperluan mewajibkan mereka untuk berbuat demikian.

Tak macam Islam, wajib daftar supaya tidak ada masalah di kemudian hari bila nak kahwin, cerai, harta pusaka, mati dan sebagainya.

Justeru, anggaran sebanyak 9% jumlah penganut Kristian di Malaysia yang banyak disebutkan sebelum ini penulis rasa adalah berdasarkan jumlah Kristian sedia ada yang lahir dengan nama Kristian, membesar sebagai Kristian dan seperti itu – bukan ditempel nama mat salleh di depan nama cina atau India pada satu ketika dalam hidup mereka.

Inilah hakikatnya.  Penulis sendiri ada seorang kawan yang dulu biasa panggil sebagai Lee, buat reunion sekolah baru-baru ini, dia minta panggil nama dia Wesley pulak!!

Sebab itu penulis yakin jumlah penganut Kristian yang sebenarnya adalah lebih ramai dari 9%, seterusnya menjadikan sasaran untuk pembangkang mendapatkan sokongan dan undi sebab kesukaran mendapatkan sokongan pengundi Melayu/Bumiputra yang rata-rata setia dengan UMNO, terutama di luar bandar.

Inilah yang kita lihat DAP, PKR dan PAS berlumba-lumba sokong Kristian dalam isu ajlis Agama Islam Selangor (MAIS) enggan memulangkan Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) beberapa bulan lepas.  Rampasan itu dibuat kerana ada laporan Bible bahasa Melayu tu nak dgunakan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Melayu – satu kesalahan mengikut undang-undang dan perlembagaan.

DAP dan PKR tu kita kurang janggal, yang PAS ni pun nampak terlebih sudu dari kuah apabila 4 ahli parlimen parti itu dari Selangor, diketuai Khalid Samad (PAS-Shah Alam) meminta kuasa MAIS ke atas JAIS dihapuskan kerana keengganan MAIS memulangkan Bible yang dirampas.

Kelihatan disitu, PAS pun tahu Kristian sedang berkembang dan bodohlah mereka kalau tidak tumpang sekaki mempertahankan Kristian dalam isu ini. Nanti kalau tak sokong, undi tak masuk pulak, dahlah menang PRU13 hari tu sebab sokong kuat puak-puak ni.

Shah Alam umpamanya, 2008 dulu takda 10% pun pengundi cina, tapi sekarang sudah meningkat kepada 15%, begitu juga pengundi India, dari kurang 5%, sudah jadi 14% dalam PRU13 yang lepas, sampai boleh buka kelab malam dan jual araklah.  Penulis yakin, separuh atau 70% dari jumlah ini adalah penganut agama Kristian.

Fakta angka ini menunjukkan, gesaan mahu kuasa MAIS ke atas JAIS dihapuskan yang dibuat 4 ahli parlimen PAS ini adalah satu gesaan politik yang bermotifkan sokongan serta undi, tidak ada kena mengena dengan soal menghormati agama lain yang dianjurkan oleh Islam sama sekali.

 Tahniahlah kepada orang-orang Islam yang mengundi 4 ekor ini dalam PRU13 dulu, inilah hasil yang anda dapat, muka Islam, nama Islam tapi pro Bible.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.