Percaturan Son tak menjadi?

JAKARTA: Bintang Tottenham Son Heung-min berdepan tamparan hebat dalam misinya untuk dikecualikan daripada menyertai khidmat ketenteraan selepas Korea Selatan tewas 1-2 kepada Malaysia pada Sukan Asia.

Pemain sayap Tottenham berusia 26 tahun itu diturunkan pada separuh masa kedua pada perlawanan kedua Kumpulan E namun gagal membantu pasukannya mencapai keputusan memuaskan.

Kegagalan menjuarai Piala Asia akan menyebabkan Son terpaksa menjalani khidmat ketenteraan selama dua tahun.

Di bawah undang-undang Korea, setiap lelaki perlu menjalani latihan Khidmat Negara selama 21 bulan sebelum berusia 28 tahun.

Korea Selatan adalah juara bertahan Piala Asia dengan menewaskan Korea Utara pada final empat tahun lalu.

Bekas kelab Son, Bayer Leverkusen tidak membenarkan penyerang itu menyertai Sukan Asia 2014 di UAE.

Namun mereka berdepan risiko tersingkir selepas Safawi Rasid menjaringkan gol pada kedua-dua separuh masa sebelum Hwang Ui-jo merapatkan kedudukan pada minit terakhir.

Anda boleh menjangkakan Son berada di kesebelasan utama apabila Korea Selatan berdepan Kyrgyzstan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Isnin.

Kyrgyzstan ketika ini berada di tangga ketiga selepas seri 2-2 dengan Bahrain, menyedari bahawa kemenangan ke atas Korea Selatan akan menyaksikan mereka memintas lawan mereka.

Son hampir dikecualikan daripada khidmat negara pada 2015 tetapi Korea tewas di tangan Australia pada final Piala Asia AFC 2015. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.