Panjat pokok pergi kerja

Hong Kong: Penduduk Hong Kong memanjat pokok tumbang dan puing berteraburan untuk ke tempat kerja, semalam, dalam pada kota yang terkenal dengan budaya ‘gila kerja’ itu kembali berurusan seperti biasa susulan dibadai taufan.

Orang ramai berhimpit dalam stesen kereta api walaupun perkhidmatan rel dilambatkan akibat kerosakan saluran elektrik. Semua perkhidmatan bas dibatalkan kerana terlalu banyak jalan dihalang pokok tumbang.

Peguam David Milligan berkata: “Pokok tumbang merata-rata. Saya memakai kasut sukan hari ini kerana tahu perlu banyak memanjat.”

Sekolah ditutup dan proses pembersihan besar-besaran dimulakan, namun kemarahan membuak terhadap pemimpin bandar itu, Carrie Lim, kerana gagal mengumumkan cuti umum.

Ketika ditanya kenapa tidak berbuat demikian, Carrie memberitahu pemberita keputusan itu terpulang kepada majikan, namun pekerja yang lambat atau tidak dapat hadir tidak patut dihukum.

Gambar orang ramai berhimpit dalam stesen Tai Wai tular di media sosial dengan tanda pagar #thankscarrie (terima kasih Carrie).

Berbanding di Filipina di mana puluhan orang maut, tiada kematian dilaporkan di Hong Kong, namun lebih 300 orang cedera. Empat kematian dilaporkan di China./HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.