ATM siap siaga bantu Thailand tangangi banjir – Zahid

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi membantu Thailand yang dilanda banjir sekiranya negara itu memerlukan khidmat tentera Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM akan menghulurkan bantuan terutamanya dari segi peralatan bantuan banjir dan operasi menyelamat jika diminta oleh kerajaan Thailand.

“Sebelum ini saya telah pun menawarkan khidmat bantuan kepada Thailand,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 1Malaysia dan Ketahanan Nasional anjuran Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) di sini hari ini.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih digenangi air banjir, dengan sejumlah 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di kawasan utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat mulai 25 Julai lepas.

Lebih 900 kilang yang mempunyai 200,000 pekerja terjejas akibat dilanda banjir yang turut meragut 300 nyawa. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.