iPhone 4S catat jualan 4 juta unit

NEW YORK 18 OKt. – Jualan iPhone 4S mencecah empat juta unit dalam tempoh tiga hari sejak mula dijual di Jepun, Australia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat pada 14 Oktober lalu.

Menurut syarikat pengeluar, Appe Inc., syarikat itu menerima lebih daripada sejuta tempahan secara talian dalam tempoh 24 jam sejak gajet itu mula dijual di beberapa negara, sekali gus melebihi 600,000 jualan iPhone 4.

Model iPhone terbaru itu akan mula dijual di 22 negara lain pada 28 Oktober manakala 70 negara lagi pada hujung tahun ini. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.