Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh duta Arab Saudi di AS

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Malaysia hari ini mengutuk dakwaan rancangan membunuh Duta Besar Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Adel al-Jubeir, di Washington.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat bimbang dengan dakwaan cubaan pembunuhan itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk membunuh seorang wakil diplomatik sebuah negara berdaulat yang merupakan orang yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah juga menggesa komuniti antarabangsa supaya mengecam sekerasnya-kerasnya rancangan itu, jika terbukti, kerana ia boleh mencetuskan konfrontasi dan konflik serius di Timur Tengah.

Menurut laporan media asing minggu lepas, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menuduh ejen sebuah kerajaan asing terbabit dalam plot untuk membunuh duta besar itu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.