Tahanan Palestin pengsan selepas lancar mogok lapar 21 hari

RAMALLAH 18 Okt. – Seorang pemimpin tertinggi Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) yang dipenjarakan selama 30 tahun di Israel, terpaksa dikejarkan ke hospital semalam selepas pengsan ekoran melancarkan mogok lapar selama 21 hari.

Setiausaha Agung PFLP, Ahmed Saadat mula melancarkan mogok lapar pada 27 September lalu untuk membantah kerana dipenjarakan sejak empat tahun lalu.

Tindakan Ahmed itu turut disertai oleh beratus-ratus tahanan lain yang enggan makan dan hanya meminum air. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.