Ekonomi digital sebagai pemboleh penting transformasi

PUTRAJAYA 19 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia memerlukan satu tolakan yang jitu dan kerangka yang jelas bagi membina satu Ekonomi Digital untuk menjadi satu pemboleh penting terhadap transformasinya.

Perdana Menteri berkata, tidak boleh dinafikan bahawa arus seterusnya pertumbuhan ekonomi akan datang dari ekonomi berasaskan pengetahuan dengan teknologi digital sebagai pemacu utama kemajuan.

“Sebagai sebuah negara, kita kemasuki satu fasa penting kerana kini telah memasuki dekad untuk mencapai matlamat kita,” katanya semasa melancarkan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-23 di sini hari ini.

Katanya, Malaysia diletakkan pada tempat ke-36 daripada 70 negara di segi Kedudukan Ekonomi Digital 2010 oleh Unit Economist Intelligence, yang meningkat dua anak tangga daripada tempat ke-38 setahun lepas.

“Penyumbang utamanya ialah peningkatan kukuh jalur lebar, mudah alih dan sambungan internet serta sokongan kerajaan,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.