Gita Wirjawan menteri terkaya Indonesia

JAKARTA 18 Okt. – Ketua Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM), Gita Wirjawan merupakan individu terkaya berbanding empat tokoh lain yang dicalonkan untuk memegang jawatan Menteri Perdagangan Indonesia.

Berdasarkan Laporan Harta Penyelenggara Negara (LHKPN) di Suruhanjaya Membanteras Rasuah pada 2009, nilai kekayaan Gita yang merupakan lulusan Universiti Havard mencecah 397.65 bilion rupiah (RM141 juta).

Beliau juga memiliki harta tambahan bernilai AS$626,677 (RM1.94 juta).

Dalam rombakan terbaru membabitkan Kabinet Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut melantik Ketua Pegawai Eksekutif syarikat utiliti kerajaan, PTPLN, Dahlan Iskan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Awam meng gantikan Mustafa Abubakar.

Sementara itu, LHKPN me laporkan, nilai kekayaan Dahlan mencecah 48.8 bilion rupiah (RM17 juta) pada 2010.

Beliau merupakan bekas wartawan dan pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jawa Pos.

Rombakan Kabinet itu bagaimanapun dilihat pemerhati politik ber tujuan untuk memulihkan populariti kerajaan pimpinan Susilo yang makin merosot.

Skandal rasuah membabitkan beberapa pemimpin dalam Parti Demokrat pimpinannya sedikit sebanyak mencalar imej serta janjinya sebelum ini untuk memerangi rasuah.

Selain dua rombakan awal yang diumumkan, rombakan lain ialah Amir Syamsuddin sebagai Menteri Politik dan Hak Asasi Manusia; Azwar Abu Bakar (Menteri Reformasi Birokrasi); Jero Wacik (Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral); Mari Elka Pangestu (Menteri Pelancongan); EE Mangindaan (Menteri Perhubungan); Gusti Muhammad Hatta (Menristek Menteri Kajian dan Teknologi); Sharif Cicip Sutardjo (Menteri Kelautan); Djan Faridz (Menteri Perumahan Rakyat); Berth Kambuaya (Menteri Lingkungan Hidup)

Pada sidang media pengumuman rombakan kabinet yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan juga, Susilo turut mengumumkan pelantikan Ketua Badan Risikan Indonesia yang baru, Leftenan Jeneral Marciano Norman. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.