Jangan Abaikan Peminat Sukan Permotoran

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH S.W.T penulis ucapkan diatas keprihatinan kerajaan dibawah pimpinan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak ke atas usaha untuk memastikan golongan belia senantiasa menjadi pemangkin kepada pembangunan Negara. Ini bermaksud kerajaan Barisan Nasional senantiasa memastikan keperluan serta kehendak golongan belia itu senantiasa didengar dan diambil perhatian.

Dengan bajet berjumlah RM 735 juta diperuntukkan, pastinya penulis yakin ini akan menjadi penyuntik semangat untuk golongan belia terus menyumbang tenaga, idea serta kepakaran seterusnya bersama – sama kerajaan membawa negara menggapai wawasan 2020.

RM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai adalah menunjukkan tahap keprihatinan yang tinggi ditunjukkan oleh kerajaan terhadap minat golongan belia pada masa ini.

Akan tetapi, penulis beranggapan janganlah dilupakan golongan belia dan remaja yang meminati aktiviti sukan lasak khususnya sukan permotoran. Dengan hanya mempunyai lima ( 5 ) buah litar seluruh negara ( litar Antarabangsa Sepang Selangor, litar Pasir Gudang Johor,litar Kg. Gajah Pasir Salak Perak ,litar Jempol Negeri Sembilan, litar Alor Gajah Melaka ) sewajarnya pihak kerajaan juga mengambil kira minat serta kehendak para peminat sukan permotoran ini.

Pandang dan lihatlah mereka ini. Tambahlah litar diseluruh negara sebagai salah satu cara serta idea untuk mengurangkan gejala rempit yang sedang bermaharajalela dewasa ini. Mereka ini juga memerlukan perhatian kerajaan dalam sama – sama memeriahkan aktiviti sukan khususnya sukan permotoran.

Sukan “drift”,”sprint” adalah merupakan sukan kegilaan golongan belia, biarlah mereka ini beraksi ditempat yang “halal”. Harapan penulis agar kerajaan dapat menyediakan litar yang sesuai untuk mereka ini beraksi. Bukan menginginkan litar setaraf litar Antarabangsa Sepang,tapi sekadar litar yang mampu untuk golongan ini beraktiviti dan berkumpul. .

4 thoughts on “Jangan Abaikan Peminat Sukan Permotoran

  • 22/10/2011 at 10:28 pm
    Permalink

    sukan bermotor disasarkn kpd golongan mude,supaye dpt mengelakkan gejala merempit yg akan membahayekan penunggang motosikal dan tidak dilupekan kepada pengguna jalan raya yg lain

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:30 pm
    Permalink

    Sukan “drift”,”sprint” adalah merupakan sukan kegilaan golongan belia, biarlah mereka ini beraksi ditempat yang “halal”

    saye juga amat bersetuju kerana para belia amat suka akan sukan yg lasak dan mencabar..

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:43 pm
    Permalink

    ya khas sesuai untuk mat – mat rempit kerana aktiviti ini lebih sihat dan sihat apabila mereka berada di litar sebenar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.