Malaysia destinasi pilihan pelancong, pelabur, pelajar Arab

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Malaysia merupakan destinasi pilihan bagi pelancong, pelabur dan pelajar-pelajar Oman, dan antara faktor yang menarik mereka ke sini adalah kerana kestabilan politik negara ini.

Duta Besar Oman Ke Malaysia Aflah Sulaiman Mohammed Al-Taei berkata, pada tahun lepas sahaja seramai 30,000 pelancong Oman telah melawat Malaysia, dan kini terdapat lebih 1,000 pelajar Oman yang belajar di institusi-intitusi pengajian di Malaysia.

Pelajar-pelajar Oman telah memilih untuk menyambung pelajaran mereka di sini kerana Malaysia menawarkan program pelajaran yang sesuai dengan keperluan semasa, katanya dalam wawancara khas dengan Bernama di sini, hari ini.

Aflah berkata, beliau juga tidak hairan mengapa pelancong Oman memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama mereka, kerana selain sebagai sebuah negara Islam, rakyatnya peramah, alam sekitarnya nyaman dan indah. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.